Make your own free website on Tripod.com

TANDA KEBOLEHAN PERMAINAN SENI SILAT PUSAKA GAYONG

1. Bengkong atau jalur putih, pelatih yang boleh bermain tapak pusaka gayong
peringkat pertama

2. Bengkung atau jalur hijau, pelatih yang boleh bermain Seni Pusaka Gayong
peringkat ke dua

3. Bengkung merah atau jalur merah, pelatih yang boleh bermain Seni Keris Pusaka
Gayong peringkat ketiga(bermain senjata)

4. Bengkung atau jalor kuning, pelatih yang boleh bermain seni Yoi dan Seni
Simbat peringkat keempat.

5. Bengkung atau jalur hitam, pelatih yang boleh bermain Seni Pusaka Cindai dan
Belian serta keseluruhan permainan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ini.

(Back)

 
 
 
 
 

LAMBANG TANDA-TANDA SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA

a.Warna Putih:- Ertinya kebersihan dan kesucian diri.

b.Warna Hijau:- Ertinya keislaman

c.Warna Merah:- Ertinya asal kejadian manusia seketul darah merah,
berunsur kepahlawanan.

d.Warna Kuning:-Ertinya kebesaran, kedaulatan, sedia taat setia kepada raja.

e.Warna Hitam:- Ertinya bayang diri sendiri iaitu bayang dan tiada
menunjukkan corak dan tiada perbezaan sesama manusia.

(Back)
 
 
 
 
 
 
 
 

 

LAMBANG KEBESARAN

1. Lambang Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia adalah berupa seperti ini:-

a. Lengkungan bulan sabit

b. Bintang lima di atas

c. Rupa kepala singa

d. Keris bersilang

e. Lembing dua(satu di kiri dan satu di kanan)

f. Tali cendai melilit di batang lembing

g. Parang panjang di bawah

2. Benda-benda ini dijadikan serumpun tanda lambang yang akan dipakai
oleh pelatih dan murid Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

3. Lambang ini akan dilekatkan diatas kain (5) warna dan dijadikan pula
bendera kebesaran bagi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.
Bendera ini akan dikibarkan apabila ada hari-hari kebesaran bagi
pertubuhan ini.

(Back)